Monthly Archives: August 2013

Faktor-Faktor yang mempengaruhi Harga Pelan Takaful anda

AIZMIR

Assalamualaikum……….

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca. Semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria dalam menyambut bulan yang penuh kegembiraan ini. Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali saya. 

Ramai sebenarnya tidak mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi harga sesebuah pelan takaful. Ramai beranggapan bahawa semua harga adalah sama tidak kira peringkat umur. Dan ramai juga selalu berangapan bahawa setiap penyakit yang telah dihidapi oleh mereka sebelum mengambil pelan takaful tidak mempengaruhi harga pelan mereka.

Oleh itu saya akan menyenaraikan beberapa faktor utama yang mempengaruhi harga sesebuah pelan takaful yang boleh dijadikan panduan untuk anda membuat keputusan.

1.) FAKTOR USIA

baby

 

 

 

  • Usia merupakan faktor penting dan utama dalam mempengaruhi sesebuah pelan takaful. Ini adalah kerana semakin anda berumur semakin tinggi risiko kesihatan anda. Walaupun anda berasa anda sihat tetapi di dalam konsep takaful, faktor umur menunjukkan tahap risiko anda.
  • Ramai di antara kita terutama sekali yang masih muda dan bujang selalu berkata dan berfikir bahawa adalah terlalu awal untuk mengambil pelan takaful kerana masih sihat. Tetapi adakah kita sedar bahawa harga pelan takaful pada usia kita masih muda dan sihat adalah lebih murah daripada usia kita yang lebih berumur dan sihat.
  • Bagi mereka yang berkeluarga pula, mereka sering tidak mahu mengambil pelan takaful untuk anak mereka terutama sekali ketika bayi kerana berangapan suatu kerugian mengambil terlalu awal. Akan tetapi adakah anda semua tahu bahawa anda akan mendapat manfaat pelan yang paling terbaik serta dapat menyediakan simpanan untuk anak anda di masa hadapan jika mengambil pelan pada usia yang paling awal.
  • Masyarakat kita selalu rugi kerana tidak mengambil peluang dan peka tentang faktor ini. Bila kita (agent) sebagai orang yang lebih mengetahui memberi nasihat dan cadangan,kepada mereka, mereka akan beranggapan bahawa kita hanya membuat cerita dan ingin mendapat customer dengan cepat.

2.) FAKTOR KESIHATAN

  • Faktor kesihatan merupakan faktor yang kedua mempengaruhi harga sesebuah pelan takaful. Ramai yang tidak peka bahawa faktor kesihatan boleh menyebabkan harga pelan takaful meningkat sekali ganda daripada asal ataupun permohonan pelan baru ditolak terus oleh Prudential BSN.
  • Biasanya ramai hanya berminat untuk mengambil pelan takaful apabila mengetahui mereka disahkan mempunyai penyakit terutama sekali penyakit yang merbahaya. Akan tetapi adakah mereka sedar bahawa sebenarnya hak untuk menentukan mereka boleh mengambil pelan takaful adalah di tangan syarikat insurans. Walau sebanyak mana anda boleh mengeluarkan duit untuk membayar pelan anda, itu semua tidak bermakna sekiranya faktor kesihatan anda di dalam keadaan yang teruk.
  • Anda perlu sentiasa ingat, penyakit boleh datang kepada kita pada bila-bila masa sahaja. Anda mungkin sihat hari ini tetapi tidak semestinya hari esok. Jangan merugikan peluang yang ada untuk mengambil pelan takaful sementara anda masih sihat. 

3.) FAKTOR PEKERJAAN

  • Faktor pekerjaan juga merupakan salah satu faktor yang penting dalam mempengaruhi harga pelan takaful anda. Di Prudential BSN Takaful, kami membezakan setiap pekerjaan kepada kelas dari 1 – 4. Dari kurang berisiko kepada berisiko.
  • Harga bagi kelas 1 dan 2 adalah lebih kurang sama manakala kelas 3 adalah mahal sedikit manakala kelas 4 merupakan yang termahal. 
  • Kelas pekerjaan dikira mengikut keadaan tempat, risiko tempat pekerjaan serta tugas yang dilakukan.
  • Oleh itu, janganlah anda berasa hairan sekiranya pelan anda adalah lebih mahal sedikit berbanding dengan yang biasa. Ini adalah kerana faktor pekerjaan anda juga diambil kira dalam membuat pelan takaful. Anda tidak perlu risau dengan jumlah yang perlu dibayar kerana ia telah dikira dengan teliti dan tiada keuntungan tersembunyi diperolehi oleh agent mahupun Prudential BSN.

Diharap tips yang telah kami kongsikan ini dapat membantu anda untuk mengubah pemikiran serta mendorong anda untuk melakukan suatu keputusan yang menguntungkan anda. Kami di sifutakaful hanya ingin membantu anda mendapat pelan takaful yang terbaik.

Ingat anda tidak rugi apa-apa sekiranya mengambil pelan takaful awal kerana selain anda dilindungi serta mendapat pelan terbaik dengan harga yang murah, anda juga dapat membuat simpanan untuk diri anda, anak-anak anda serta keluarga anda.

Fikir-Fikirkanlah…….Adakah anda lebih menyayangi diri dan keluarga atau sayangkan duit…

Hanya anda yang mampu mengubah kehidupan anda..

AIZMIR

  aizmir 500

Kalaulah ada Pelan Takaful untuk Kucing….

AIZMIR

Assalamualaikum… Apa khabar semua??? Semoga anda melalui bulan ramadhan penuh dengan keberkatan dan keinsafan..

Maaf kerana lama tidak mengupdate website. Semenjak website sifutakaful dilancarkan Alhamdullilah pertanyaan dan permohonan untuk mendapat pelan PruBSN Takaful amatlah menggalakkan.. Terima kasih kepada mereka yang telah mengambil pelan dengan kami…

Berbalik kepada tajuk saya pada kali ini, sebenarnya perkara ini berkait rapat dengan apa yang saya sedang lalui sekarang ini. Maha Kuasa Allah telah menunjukkan kepada saya betapa pentingnya kita mempunyai perlindungan takaful untuk diri sendiri.

Semoga cerita dibawah dijadikan pengajaran dan panduan kepada kita untuk membuat keputusan.

Pada hari Jumaat ( 2/8/13) yang lepas dengan kuasa Allah S.W.T saya telah dipertemukan dengan seekor kucing jalan yang berkudis dan hancur di bahagian bawah kaki di belah kiri akibat digigit anjing liar. Kucing tersebut berada di tengah-tengah jalan di kawasan perumahan saya. Sedihnya hati saya melihat kucing tersebut berjalan dalam keadaan yang lemah dan tempang akibat daripada kecederaan itu. Terdapat bau yang kurang menyenangkan, kesan darah, gigitan serta isi pada kaki kirinya. Terdetik hati untuk membawanya ke hospital haiwan kerana melihat keadaannya yang teruk itu. Tetapi entah bagaimana kucing tersebut telah mengilangkan diri sehinggalah pada hari ahad yang lepas.

Pada hari ahad tersebut, saya ternampak kucing itu berada di dalam rumah seorang jiran sedang berbaring dan menahan sakit sambil meminta makanan. Dengan penuh rasa sedih saya mengambil kucing tersebut dan membawa terus ke hospital haiwan. Apabila tiba di hospital haiwan, saya diberitahu oleh doktor yang merawat bahawa kaki kucing tersebut telah terkena jangkitan kuman atau gangrine akibat gigitan serta keadaan kakinya yang terdedah kepada semua benda. Terdapat maggot dan bau busuk pada kakinya. Doktor memberi saya 2 pilihan dimana

1.) membiarkan kucing itu seperti keadaan sekarang dan hanya merawat biasa.

2.) Membuat rawatan komprehensive beserta dengan pembedahan membuang sebelah kaki yang rosak.

Setelah bertanya mengenai pilihan ke 2, alangkah terkejutnya apabila doktor memberitahu anggaran kos rawatan untuk pembedahan dan ubat mencecah sehingga RM1000. Selepas itu saya perlu mengambil tanggungjawab membelanya kerana keadaannya nanti yang tidak normal.

Bayangkan betapa tingginya kos rawatan walaupun untuk haiwan seperti kucing…Tambah lagi pada masa kita hendak menyambut Hari Raya ini. Terus terdetik hati kecil ini berkata alangkah bagusnya jika kucing tersebut mempunyai takaful insurans yang bole menanggung segala rawatan perubatan. Dengan penuh rasa berserah kepada Allah S.W.T saya pun bersetuju untuk menampung kos rawatan tersebut.

kucing

 Semoga Cepat Sembuh

Cuba anda semua bayangkan bagaimana jika kucing tersebut ditukarkan kepada manusia.

Berapakah kos rawatan yang diperlukan dan adakah kita mampu untuk menampung segala perbelanjaan terutama sekali dalam keadaan kita hendak menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Adakah kita hendak memberikan yang terbaik kepada diri, anak-anak, keluarga sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka atau diingini seperti apa yang berlaku kepada kucing tersebut.

Adakah kita mampu untuk menampung rawatan selepas hospital atau follow up check.

Fikir – Fikirkanlah… Sayangilah diri kita.

AIZMIR

  aizmir 500