Monthly Archives: September 2015

MEDICAL CARD PRUDENTIAL BSN TAKAFUL – Keistimewaan dan Kelebihannya

MEDICAL CARD PRUDENTIAL BSN TAKAFUL - Keistimewaan dan Kelebihannya

AIZMIR

medical card Prudential BSN Takaful

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA… Semoga pembaca – pembaca sekalian sentiasa dalam keadaan sihat dan ceria. Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua.

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana lama tidak update website ini. Alhamdulillah sejak 2 – 3 bulan ini saya sentiasa penuh dengan appointment hasil daripada pengunjung website ini dan juga recommendation daripada existing2 client. Makin lama makin ramai yang telah mempunyai kesedaran akan penting dan perlunya mempunyai Medical Card Prudential BSN Takaful baik daripada kakitangan kerajaan, swasta dan juga orang perniagaan. 

Mesti ada sebab mengapa mereka ini semua tertarik dengan Medical Card Prudential BSN Takaful. Oleh itu, untuk topik perbincangan kita kali ini saya akan menerangkan akan keistimewaan dan kelebihan mempunyai Medical Card Prudential BSN Takaful yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia mengambilnya

1.) 100% BAYARAN BAGI KOS RAWATAN DAN PERUBATAN DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

kos rawatan

Pada masa kini dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan dengan keadaan simpanan kita yang sedikit, kita akan terbeban sekiranya kita perlu menanggung sebahagian daripada jumlah kos rawatan tersebut walaupun hanya 10% daripada jumlah bil dengan nilai minimum biasanya daripada RM300 – RM1000. Ini terutama sekali di kala kecemasan atau di kala pertengahan bulan. Prudential BSN Takaful memahami akan beban ini dan dengan itu kita menawarkan 100% bayaran untuk kos rawatan dan perubatan bagi pencarum. 

Walaupun begitu kadang kala ada sesetengah pihak hospital akan meminta deposit untuk kemasukan ke Hospital walaupun menggunakan Medical card. Sekiranya perkara itu berlaku pemegang polisi tidak perlu risau dan hanya perlu membayar deposit yang diperlukan. Ini kerana deposit tersebut akan dipulangkan balik selepas discharge. Sekiranya pada masa itu client juga tidak mempunyai duit maka seeloknya cuba hubungi consultant takaful anda kerana mereka mungkin boleh membantu.

Ini yang selalu saya nasihatkan kepada client2 saya kerana InsyaAllah saya mungkin boleh membantu. Oleh yang demikian para pemegang polisi tidak perlu risau atau takut untuk admit ke dalam hospital pada bila-bila masa walaupun tidak mempunyai duit yang banyak kerana itulah salah satu manfaat Medical Card Prudential BSN Takaful.

2.) MANFAAT RAWATAN KECEMASAN AKIBAT KEMALANGAN  DAN DAY SURGERY TERMASUK SEKALI DI DALAM MEDICAL CARD PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

klinik
Biasanya bila takaful consultant menerangkan mengenai Medical Card Prudential BSN Takaful perkara penting sekiranya ingin menggunakan Medical Card ini adalah pemegang polisi harus dimasukkan dan di admitkan ke dalam hospital.

Tapi tahukah anda bahawa sekiranya berlaku kemalangan dan anda ingin mendapatkan rawatan kecemasan bagi luka – luka kecil ataupun sakit – sakit disebabkan kemalangan itu, anda boleh membuat rawatan kecemasan di mana – mana klinik yang berdekatan tempat berlakunya kemalangan itu. Minimum coverage bagi rawatan ini adalah Rm2000 setahun. 

Syaratnya ia adalah based on Pay n Claim dimana anda hanya perlu menggunakan duit anda dahulu dan meminta klinik membuat simple report berkaitan sakit atau luka akibat kemalangan itu. Kemudian resit bayaran dan report itu anda serahkan kepada takaful consultant untuk membuat claim.

Selain itu, di dalam Plan Medical Card Prudential BSN Takaful ini terdapat juga manfaat yang dipanggil day surgery di mana pemegang polisi boleh menggunakannya untuk membuat surgery tanpa perlu di admitkan ke dalam hospital. Syaratnya adalah ia berdasarkan Pay n Claim basis dan anda perlu membuat rawatan di klinik – klinik pakar ataupun Hospital.

3.) PERLINDUNGAN BAYARAN RAWATAN MENYELURUH WALAUPUN RAWATAN DI HOSPITAL KERAJAAN ATAUPUN NON PANEL HOSPITAL

hospital swasta

Melalui Pelan Medical Card Prudential BSN Takaful, pemegang polisi tidak perlu takut untuk membuat rawatan di mana – mana hospital kerajaan ataupun Non panel Hospital. Pemegang polisi hanya perlu menyediakan resit original, laporan perubatan dan juga segala dokumen yang melibatkan rawatan itu. Konsep adalah berdasarkan Pay n Claim.

Ini penting kerana ia memberi pilihan dan flexibility kepada pemegang polisi. Ada di antara pemegang polisi merupakan kakitangan kerajaan ataupun pekerja swasta yang mempunyai panel hospital yang tersendiri. Oleh itu, pemegang polisi tidak perlu risau dan boleh mendapatkan rawatan dengan senang hati. 

4.) TIDAK ADA PENALTI SEKIRANYA UPGRADE BILIK DAN MELEBIHI LIMIT COVERAGE TAHUNAN

hutang

Salah satu kelebihan Medical Card Prudential BSN Takaful ialah ia tidak akan mengenakan sebarang penalti sekiranya pemegang polisi ingin upgrade bilik melebihi coverage yang diberi. Client hanya perlu membayar sendiri lebihan bayaran upgrade bilik itu. Ini penting kerana ia boleh memberi flexibility dan keselesaan yang lebih pada pemegang polisi. 

Selain itu Prudential BSN Takaful juga tidak akan mengenakan sebarang penalti sekiranya pemegang polisi menggunakan medical card melebihi had tahunan yang dibenarkan. Pemegang polisi hanya perlu membayar lebihan daripada had limit tersebut. Ini juga sangat penting kerana kita mungkin akan terkena sakit – sakit kritikal yang memerlukan kos rawatan yang banyak. Sekurang – kurangnya kita akan merasa sedikit lega jika tiada bebanan penalti dikenakan.

5.) SIMPANAN DAN PELABURAN UNTUK KEGUNAAN MASA HADAPAN

prudential BSN Takaful

Ini merupakan ciri yang paling istimewa di dalam plan Medical Card Prudential BSN Takaful iaitu manfaat simpanan. Simpanan ini sebenarnya adalah suatu bonus kerana caruman bulanan kita setiap bulan akan termasuk sekali dengan manfaat simpanan.

Simpanan ini akan dilaburkan ke dalam Unit Trust di mana dividen tahunan adalah daripada 2% – 9% (non guarenteed). Akan tetapi nilai simpanan yang diambil daripada caruman bulanan bukanlah semuanya.

Simpanan di dalam Medical Card Prudential BSN Takaful ini tidak mempunyai tempoh matang. Ini bermaksud pemegang polisi boleh mengeluarkan simpanan di dalam plan ini pada bila – bila masa. Syaratnya hanya perlu meninggalkan baki minimum RM1000 di dalam simpanan.

Baki minimum RM1000 di dalam simpanan diperlukan untuk keselesaan masa hadapan pemegang polisi. Ini kerana pada waktu sekarang ini pemegang polisi biasanya tidak mempunyai masalah kewangan ataupun pekerjaan. Tetapi semua itu boleh berubah terutama sekali di masa hadapan 5 – 7 tahun akan datang.

Dan sekiranya perkara itu berlaku dan pemegang polisi tidak mampu membayar caruman bulanan itu, pemegang polisi tidak perlu khuatir kerana simpanan ini dapat membantu membayarkan caruman bulanan itu. Oleh itu Medical Card masih dapat digunakan dan pemegang polisi masih dilindungi sekiranya perkara tidak diingini berlaku.

Selain itu, dengan manfaat simpanan Plan Medical Card Prudential BSN Takaful ini, pemegang polisi tidak perlu risau sekiranya simpanan ini akan ditolak jika menggunakan manfaat rawatan dan perubatan Medical Card Prudential BSN Takaful walaupun sehingga habis limit tahunan.

Ini adalah kerana simpanan ini merupakan suatu bonus dan manfaat rawatan serta perubatan memang sudah termasuk di dalam Plan Medical Card Prudential BSN Takaful ini. Jadi caruman bulanan kita tidak akan rugi terutama untuk jangka masa yang panjang dan kita masih akan mendapat manfaat simpanan walaupun kita sihat ataupun sakit.

Ini yang saya namakan sebagai smart investment kerana kita memaksimumkan pulangan caruman yang kita telah lakukan

Atas kelebihan dan keistimewaan inilah yang membezakan Prudential BSN Takaful daripada pengendali takaful operator yang lain. Caruman kami mungkin agak tinggi sedikit berbanding yang lain tetapi ia berbaloi dengan kualiti dan kelebihan yang Prudential BSN Takaful berikan kepada pemegang polisi.

Sekirannya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut bolehlah hubungi saya dengan segera. Saya akan memberikan penerangan yang lengkap dan sejujurnya kepada anda. Yang penting bagi saya adalah anda sebagai bakal – bakal pencarum Plan Medical Card Prudential BSN Takaful memahami sepenuhnya akan manfaat dan segala information yang terdapat di dalam plan sebelum mengambilnya. Ia adalah untuk masa depan anda.  

Kepentingan anda adalah keutamaan kami.

AIZMIR‚Äč