Category Archives: kad perubatan prudential bsn takaful

Gallery

KAD PERUBATAN PRUDENTIAL BSN TAKAFUL VS AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)

This gallery contains 3 photos.

KAD PERUBATAN PRUDENTIAL BSN TAKAFUL VS AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)       Assalamualaikum…Pada masa ini menyimpan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan suatu perkara yang mesti akan dibuat oleh masyarakat bumiputera kita. Ini adalah kerana faktor – faktor seperti kenaikan harga barang, kenaikan inflasi … Continue reading

Kad perubatan Prudential BSN Takaful – Suatu Kelebihan dan Keuntungan

KAD PERUBATAN PRUDENTIAL BSN TAKAFUL – SUATU KELEBIHAN DAN KEUNTUNGAN

AIZMIR

 

images (3)

  Assalamualaikum…Pada masa ini kita sering terdengar mengenai keperluan kita untuk mengambil takaful insurans terutama sekali berkaitan dengan Takaful Insurans yang merangkumi Kad Perubatan. Tetapi masyarakat kita terutama sekali warga Bumiputera sering sekali teragak-agak dan menolak untuk mengambil Takaful Insurans terutama yang menyediakan Kad Perubatan. 

Alasan seperti :

- Tidak mempunyai wang yang mencukupi.

- Bukan keperluan buat masa sekarang

- Syarikat sudah menyediakan insurans yang melindungi diri serta keluarga.

- Tidak berminat dan rawatan di hospital kerajaan sudah mencukupi.

Sering kali didengar setiap kali agen takaful menawarkan peluang untuk mengambil pelan takaful.

Persoalannya, adakah kita mempunyai WANG YANG MENCUKUPI sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada kita dengan tiba-tiba.

medicalKeratan akhbar di atas merupakan realiti yang berlaku kepada masyarakat kita sekarang. Ia berlaku kerana kurangnya pengetahuan serta pemikiran yang negatif mengenai takaful Insurans.

Bagi membuang pemikiran negatif yang sering bermain di fikiran masyarakat kita, saya akan memberikan beberapa sebab penting dan utama mengapa anda perlu mengambil pelan takaful terutama sekali Pelan Kad Perubatan Prudential BSN Takaful.

a.) DAPAT MENANGGUNG SEGALA KOS RAWATAN PERUBATAN SEKIRANYA TERKENA PENYAKIT KRITIKAL

  • Penyakit seperti sakit jantung dan kanser merupakan penyakit kritikal yang sering melanda masyarakat kita. Biasanya kos rawatan minimum bagi penyakit kritikal tersebut adalah sekurang kurangnya RM 50 RIBU ringgit.
  • Dengan mengambil Pelan Kad Perubatan Prudential BSN Takaful, anda tidak perlu risau mengenai kos perubatan kerana ia akan melindungi kita dan akan membayar segala kos perubatan tersebut.

b.) MENANGGUNG SEGALA KOS RAWATAN SEKIRANYA DIMASUKKAN KE HOSPITAL

  • Penyakit merupakan sesuatu yang kita tidak dapat dijangka atau diketahui akan kedatangannya. Walaupun kita berasa diri kita sihat tetapi pada bila-bila masa penyakit boleh menyerang kita.
  • Adakah kita mempunyai persediaan duit sekiranya sakit secara tiba-tiba terutama ketika pertengahan bulan sewaktu kita kekurangan duit.
  • Di sinilah bergunanya kita mempunyai Kad Perubatan Prudential BSN Takaful kerana ia dapat menolong kita menanggung kos rawatan perubatan di waktu terdesak itu.

c.) MELINDUNGI SEGALA KOS RAWATAN SEKIRANYA BERLAKU KEMALANGAN

  • Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja tidak kira tempat dan masa. Ia mungkin boleh berlaku kita bekerja atau di rumah atau juga ketika kita sedang bercuti.
  • Adakah kita mempunyai duit yang mencukupi untuk mendapatkan rawatan sekiranya berlaku kemalangan. Bolehkah kita menyediakan duit sebanyak RM10 RIBU serta merta sekiranya berlaku kemalangan.

d.) MEMBERIKAN PERLINDUNGAN YANG LEBIH DARIPADA INSURANS SYARIKAT.

  • Ramai di antara kita beranggapan bahawa mempunyai dan dilindungi dengan insurans syarikat adalah mencukupi terutama sekali bagi mereka yang dilindungi dengan jumlah yang unlimited.
  • Ia unlimited sekiranya anda masih bekerja di syarikat tersebut. Persoalannya apakah yang akan berlaku sekiranya anda terkena penyakit kritikal dan tidak mampu bekerja lagi ataupun diberhentikan kerja.
  • Disinilah pentingnya Kad Perubatan Prudential BSN Takaful kerana ia akan melindungi anda walaupun anda tidak bekerja lagi. 
  • Bukan itu sahaja, sekiranya anda sihat sehingga anda bersara, Kad Perubatan Prudential BSN Takaful sangat berguna di saat itu kerana 30 – 40 tahun akan datang kita tidak dapat meramal harga kos perubatan pada waktu itu. Takkan kita hendak menghabiskan segala penat lelah simpanan hasil dari pekerjaan kita untuk kos perubatan kita sahaja.

Oleh itu, mempunyai Kad Perubatan Prudential BSN Takaful merupakan suatu kelebihan dan juga keuntungan kepada kita kerana kita akan dilindungi secara menyeluruh.

Tidak ada ruginya kita mengambil Pelan Kad Perubatan Prudential BSN Takaful sekarang kerana lebih awal kita mengambil lebih murah sumbangan bulanan yang dibayar oleh kita.

Bak kata pepatah, bersusah – susah dahulu bersenang – senang kemudian.

Ingat bahawa penyakit atau kemalangan datang tidak mengira masa ataupun usia. Ia boleh menyerang kita pada bila – bila masa. 

Ambillah sebelum terlambat kerana apabila anda sudah terkena penyakit – penyakit terutama sekali yang kritikal ataupun kemalangan yang teruk, tiada syarikat takaful yang akan melindungi anda walaupun anda sanggup membayar RM500 sebulan.

Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut…….

Hubungilah kami dengan segera bagi untuk temujanji. Kami di UZMA GROUP akan memberikan penerangan menyeluruh kepada anda mengenai Kad Perubatan Prudential BSN Takaful. 

Kepentingan anda adalah keutamaan kami.

AIZMIR

 

cropped-cropped-cropped-aizmir.png