Gallery

KAD PERUBATAN PRUDENTIAL BSN TAKAFUL VS AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)

KAD PERUBATAN PRUDENTIAL BSN TAKAFUL VS AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)

AIZMIR

 

images (3) ASB

  Assalamualaikum…Pada masa ini menyimpan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan suatu perkara yang mesti akan dibuat oleh masyarakat bumiputera kita. Ini adalah kerana faktor – faktor seperti kenaikan harga barang, kenaikan inflasi dan juga kenaikan kos sara hidup.

Walaupun menyimpan di ASB adalah sangat bagus tetapi adakah duit tersebut dapat melindungi kita daripada masalah kesihatan.

Pada pertemuan kita kali ini, Blog sifutakaful akan membincangkan mengenai simpanan melalui kad perubatan Prudential BSN Takaful berbanding dengan simpanan melalui ASB. Perbincangan ini sangat penting kerana ramai masyarakat bumiputera kita sering tersilap langkah dalam melakukan simpanan.

1.) Simpanan dan Dividen melalui Kad Perubatan Prudential BSN Takaful vs Amanah Saham Bumiputera

Umum mengetahui bahawa tujuan menyimpan di ASB adalah untuk menjana simpanan dan juga dividen.

Tetapi tahukah anda bahawa pulangan dividen ASB adalah pada kadar purata 7.5 % setahun. Sedangkan menyimpan melalui Kad Perubatan Prudential BSN Takaful kadar pulangan adalah pada kadar purata 9 – 11 % setahun.

hutang

2,) Perlindungan perubatan di Hospital

Simpanan di dalam ASB juga boleh melindungi kita untuk membayar kos perubatan di Hospital. Akan tetapi ia hanya boleh berlaku sekiranya kita mempunyai simpanan yang banyak di dalam ASB dan kita mempunyai masa untuk pergi ke kaunter membuat pengeluaran.

Persoalannya adakah kita sempat pergi ke kaunter untuk membuat pengeluaran sekiranya kita terkena penyakit yang memerlukan rawatan segera dan serta merta seperti sakit jantung, cancer etc.

Ataupun adakah pihak hospital akan menerima alasan yang wang ada di dalam ASB sedangkan kita tidak dapat menunjukkan buktinya kerana tidak membawa buku ASB. 

Ataupun bolehkah kita menunggu di dalam hospital sehingga bank buka untuk mengeluarkan duit sekiranya kita terkena penyakit biasa seperti demam denggi, demam panas pada waktu malam.

Di sinilah Kad Perubatan Prudential BSN Takaful amatlah dapat membantu anda kerana anda hanya perlu menunjukkan kad perubatan tersebut untuk mendapat rawatan. Anda tidak akan mempunyai masalah untuk menunggu atau perlu mengeluarkan duit.

health costly

3.) Melindungi simpanan daripada digunakan.

     Biasanya masyarakat kita akan membuat pinjaman ASB daripada pihak bank untuk meningkatkan hasil dividen tahunan. Adakah hasil dividen itu tidak akan digunakan sekiranya kita dimasukkan ke dalam hospital dan memerlukan duit untuk rawatan.

Di sinilah juga amat bergunanya Kad Perubatan Prudential BSN Takaful kerana kad perubatan ini akan membayar segala kos rawatan anda tanpa perlu mengambil daripada simpanan anda.

Oleh yang demikian sekiranya anda ingin menyimpan di dalam ASB, saya amat menyarankan bahawa sebaik – baiknya anda asingkanlah sedikit duit yang anda ingin menyimpan atau membayar pinjaman bulanan bank dan ambillah satu pelan Kad Perubatan Prudential BSN Takaful untuk diri anda. 

Janganlah melabur semaksimum tanpa memikirkan mengenai kad perubatan kerana di saat kecemasan hanya Kad Perubatan Prudential BSN Takaful dapat membantu anda serta merta.

Kad Perubatan Prudential BSN Takaful juga terdapat simpanan dengan kadar dividen yang lebih menarik daripada ASB.

Anda dilindungi dan dijamin masa depan kewangan anda.

Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut…….

Hubungilah kami dengan segera bagi untuk temujanji. Kami di UZMA GROUP akan memberikan penerangan menyeluruh kepada anda mengenai Kad Perubatan Prudential BSN Takaful. 

Kepentingan anda adalah keutamaan kami.

AIZMIR

 

cropped-cropped-cropped-aizmir.png

14 Responses to KAD PERUBATAN PRUDENTIAL BSN TAKAFUL VS AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)

  1. ingin bertanya bagi yang telah berusia 50 tahun lebih yang berminat adakah perlu untuk check perubatan, berapa limit umur yang boleh memohon. 

  2. 1. Boleh saya tahu brp caruman bulanan utk saya next birthday 39 tahun?
    2. Boleh bagi detail pecahan byran bulanan kepada insurance dan simpanan.
    3. Saya mempunyai seorg anak angkat berumur 3 thn dan masih bukan warganegara Malaysia. Bolehkah saya mengambil pelan utk anak saya dan adakah perbezaan antara taraf warganega dan bukan warganegara.

    Terima kasih.

  3. salam.boley sy tahu kad perubatan bsn takaful ni macam mana..dan sebulan berapa sy kene bayar…dan adakah simpanan ini kite boley keluarkan bila diperlukan atau ade tempoh matang…faedah nya macam mana jika tibe 2 kite kene melakukan pembedahan?perlu lapokan kpad pihak tuan dahulu ke macam mana

  4. Salam saya nak tahu.boleh x say a nak ambil untuk anak saya Dan sebulan berapa

  5. Assalamualaikum, saye bukan warganegara, suami warganegara.bolehkah saye buat simpanan ASB ? Dan asb untuk perubatan?

  6. Salam… Saya nak buat medical card untuk ibubapa saya. Pelan apa yang sesuai? Bapa saya umur 56 manakala IBU saya umur 51 tahun. Berapa kan anggaran sumbangan sebulan?

    • Wslm,

      Anda boleh mengambil plan ummahlink utk ibu dan bapa anda..selain mendapat manfaat medical card, mereka juga akan mendapat manfaat perlindungan haji dan 

      Juga badal haji..saya dah email utk info lanjut

  7. salam, nak tanye. kalau join insuran dalam 5 tahun dengan bayaran RM150 tiap-tiap bulan..berapa simpanan yg boleh dikeluarkan dalam tahun ke 5 tu?? tk

    • Wslm…

      Terima kasih atas pertanyaan..okay..untuk simpanan ini agak teknikal sedikit..kerana ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti:

      1. Umur dan kelas pekerjaan

      2. Pakej plan yang diambil

      3. Dividen tahunan.

      Biasanya kita akan membuat pengiraan simpanan melalui system quotation kita. Ia system generstr..Sekiranya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh hubungi saya…

      Thanks

      Aizmir

  8. Salam Encik,

    Bleh berikan quotation utk detail saya dan isteri. umur: coming 29,kerja dlm ofis,tak merokok. Bajet rm200/org. Klu blh sekali dgn wholelife insurance. Terima kasih.

     

     

     

    • Salam En Adha,

       

      Maaf lambat reply saya baru balik dari Prudential trip ke Osaka. Sila check email. Quotation beserta penerangan asas mengenai plan sudah dihantar.

      Thanks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*