Sifutakaful.com kini berada di Facebook

AIZMIR

Assalamualaikum……….

Adalah dimaklumkan bahawa anda sekarang boleh mencari kami di facebook. Anda hanya perlu menulis sifutakful.com dan anda akan menemui page kami.

sifutakaful

 

Anda boleh mendapat update mengenai promosi, tips-tips serta nasihat mengenai insuransPruBSN Takaful.

Selain itu anda juga boleh mengetahui aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh sifutakaful.

Sila like page sifutakful.com bagi menyokong kami.

Terima kasih banyak-banyak atas kesudian anda

AIZMIR

  aizmir 500

Kad Perubatan Prudential BSN Takaful dan Kepentingannya

AIZMIR

Kad Perubatan Prudential BSN Takaful dan Kepentingannya

Assalamualaikum……….

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca. Semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria dalam menyambut bulan yang penuh dengan keinsafan ini.Diharap kita semua mendapat keberkatan doa daripada para jemaah haji.

Pada kali ini saya tertarik untuk berkongsi dengan anda semua mengenai salah satu manfaat yang penting di dalam sesebuah pelan takaful iaitu Medical Card.

Melalui pengalaman saya berjumpa dengan prospect, saya dapati ramai di antara mereka sering bertanya mengenai kepentingan memiliki medical card sendiri di dalam kehidupan mereka. Soalan seperti kenapa saya memerlukan medical card sedangkan syarikat saya melindungi serta soalan seperti kenapa saya memerlukan sedangkan saya sihat sering kali diutarakan.

Di sini saya akan memberikan tips dan nasihat mengenai kepentingan memiliki kad perubatan prudential bsn takaful anda sendiri.

images (3)

 

 

 

 

 

1.) Hargailah penat lelah rezeki pekerjaan anda sebelum kehilangannya.

Kebanyakan orang sering mengatakan bahawa syarikat yang mereka bekerja memberikan perlindungan medical yang cukup kepada mereka.

Pernahkah anda bayangkan sekiranya anda tidak bekerja lagi dengan syarikat itu. Ataupun pernahkah anda bayangkan sekiranya anda diberhentikan secara tiba – tiba kerana tidak dapat bekerja disebabkan sakit teruk atau mendapat penyakit kritikal. 

sakittt

 

 

 

 

 

Siapakah yang akan membayar segala bil perubatan serta bil rawatan yang akan datang????

 Ingatlah bahawa syarikat biasanya akan melindungi anda ketika anda diperlukan dan dapat memberi sumbangan kepada mereka.

2.) Kos pembayaran medical card syarikat tidak cukup untuk menampung rawatan anda.

Kebiasaanya medical card yang diberikan oleh syarikat mempunyai limit yang rendah.

Cuba bayangkan sekiranya anda terkena sakit kritikal seperti sakit jantung, cancer dll. 

hospital bill

Keratan akhbar ini menunjukkan harga perubatan sekarang.

Adakah anda yakin syarikat anda akan melindungi anda sebanyak itu..

Sekiranya anda mengambil medical card sendiri, Anda tidak perlu risau kerana medical card anda boleh digunakan untuk menampung baki bayaran kos perubatan selepas menggunakan medical card syarikat.

 

images (3)

 

 

 

 

 

3.) Anda sentiasa mendapat khidmat hospital dan rawatan swasta terbaik.

Tahukah anda bahawa dengan berbelanja serendah rm100 sebulan anda mampu mendapat khidmat hospital dan rawatan swasta terbaik. Khidmat nasihat dan rawatan yang betul sangatlah penting sekiranya kita mengalami masalah kesihatan kerana tubuh badan kita hanya mampu bertahan sekali sahaja sebelum rosak.

4.) Ambil sebelum anda terkena penyakit.

Di sini ramai yang tidak mengetahui bahawa sekiranya anda berpenyakit atau sering masuk ke hospital, kos untuk mengambil medical card sangatlah tinggi. Kadangkala permohonan anda untuk mendapatkan medical card juga ditolak oleh pihak insurans walaupun anda mampu membayar rm 1000 atau lebih setiap bulan.

Pada ketika itu, tiada gunanya anda mempunyai duit yang banyak kerana kos rawatan adalah berterusan dan mahal. Kemungkinan duit yang anda ada itu juga tidak cukup untuk menampung bil perubatan anda.

Oleh itu hargailah segala peluang yang ada dan ambillah medical card dengan segera. Ingatlah bahawa anda membuat pelaburan jangka masa panjang untuk diri anda dan bukannya untuk syarikat insurans mahupun agent-agentnya.

Janganlah anda berkira terhadap diri sendiri kerana anda yang akan menanggungnya di kemudian hari.

Kereta rosak kita boleh mencari spare part original tetapi jika badan rosak, tidak ada spare part original yang boleh menggantikan badan kita selama-lamanya.

Fikir-Fikirkanlah…….Adakah anda lebih menyayangi diri dan keluarga atau sayangkan duit…

Hanya anda yang mampu mengubah kehidupan anda..

AIZMIR

  aizmir 500

Faktor-Faktor yang mempengaruhi Harga Pelan Takaful anda

AIZMIR

Assalamualaikum……….

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca. Semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria dalam menyambut bulan yang penuh kegembiraan ini. Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali saya. 

Ramai sebenarnya tidak mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi harga sesebuah pelan takaful. Ramai beranggapan bahawa semua harga adalah sama tidak kira peringkat umur. Dan ramai juga selalu berangapan bahawa setiap penyakit yang telah dihidapi oleh mereka sebelum mengambil pelan takaful tidak mempengaruhi harga pelan mereka.

Oleh itu saya akan menyenaraikan beberapa faktor utama yang mempengaruhi harga sesebuah pelan takaful yang boleh dijadikan panduan untuk anda membuat keputusan.

1.) FAKTOR USIA

baby

 

 

 

  • Usia merupakan faktor penting dan utama dalam mempengaruhi sesebuah pelan takaful. Ini adalah kerana semakin anda berumur semakin tinggi risiko kesihatan anda. Walaupun anda berasa anda sihat tetapi di dalam konsep takaful, faktor umur menunjukkan tahap risiko anda.
  • Ramai di antara kita terutama sekali yang masih muda dan bujang selalu berkata dan berfikir bahawa adalah terlalu awal untuk mengambil pelan takaful kerana masih sihat. Tetapi adakah kita sedar bahawa harga pelan takaful pada usia kita masih muda dan sihat adalah lebih murah daripada usia kita yang lebih berumur dan sihat.
  • Bagi mereka yang berkeluarga pula, mereka sering tidak mahu mengambil pelan takaful untuk anak mereka terutama sekali ketika bayi kerana berangapan suatu kerugian mengambil terlalu awal. Akan tetapi adakah anda semua tahu bahawa anda akan mendapat manfaat pelan yang paling terbaik serta dapat menyediakan simpanan untuk anak anda di masa hadapan jika mengambil pelan pada usia yang paling awal.
  • Masyarakat kita selalu rugi kerana tidak mengambil peluang dan peka tentang faktor ini. Bila kita (agent) sebagai orang yang lebih mengetahui memberi nasihat dan cadangan,kepada mereka, mereka akan beranggapan bahawa kita hanya membuat cerita dan ingin mendapat customer dengan cepat.

2.) FAKTOR KESIHATAN

  • Faktor kesihatan merupakan faktor yang kedua mempengaruhi harga sesebuah pelan takaful. Ramai yang tidak peka bahawa faktor kesihatan boleh menyebabkan harga pelan takaful meningkat sekali ganda daripada asal ataupun permohonan pelan baru ditolak terus oleh Prudential BSN.
  • Biasanya ramai hanya berminat untuk mengambil pelan takaful apabila mengetahui mereka disahkan mempunyai penyakit terutama sekali penyakit yang merbahaya. Akan tetapi adakah mereka sedar bahawa sebenarnya hak untuk menentukan mereka boleh mengambil pelan takaful adalah di tangan syarikat insurans. Walau sebanyak mana anda boleh mengeluarkan duit untuk membayar pelan anda, itu semua tidak bermakna sekiranya faktor kesihatan anda di dalam keadaan yang teruk.
  • Anda perlu sentiasa ingat, penyakit boleh datang kepada kita pada bila-bila masa sahaja. Anda mungkin sihat hari ini tetapi tidak semestinya hari esok. Jangan merugikan peluang yang ada untuk mengambil pelan takaful sementara anda masih sihat. 

3.) FAKTOR PEKERJAAN

  • Faktor pekerjaan juga merupakan salah satu faktor yang penting dalam mempengaruhi harga pelan takaful anda. Di Prudential BSN Takaful, kami membezakan setiap pekerjaan kepada kelas dari 1 – 4. Dari kurang berisiko kepada berisiko.
  • Harga bagi kelas 1 dan 2 adalah lebih kurang sama manakala kelas 3 adalah mahal sedikit manakala kelas 4 merupakan yang termahal. 
  • Kelas pekerjaan dikira mengikut keadaan tempat, risiko tempat pekerjaan serta tugas yang dilakukan.
  • Oleh itu, janganlah anda berasa hairan sekiranya pelan anda adalah lebih mahal sedikit berbanding dengan yang biasa. Ini adalah kerana faktor pekerjaan anda juga diambil kira dalam membuat pelan takaful. Anda tidak perlu risau dengan jumlah yang perlu dibayar kerana ia telah dikira dengan teliti dan tiada keuntungan tersembunyi diperolehi oleh agent mahupun Prudential BSN.

Diharap tips yang telah kami kongsikan ini dapat membantu anda untuk mengubah pemikiran serta mendorong anda untuk melakukan suatu keputusan yang menguntungkan anda. Kami di sifutakaful hanya ingin membantu anda mendapat pelan takaful yang terbaik.

Ingat anda tidak rugi apa-apa sekiranya mengambil pelan takaful awal kerana selain anda dilindungi serta mendapat pelan terbaik dengan harga yang murah, anda juga dapat membuat simpanan untuk diri anda, anak-anak anda serta keluarga anda.

Fikir-Fikirkanlah…….Adakah anda lebih menyayangi diri dan keluarga atau sayangkan duit…

Hanya anda yang mampu mengubah kehidupan anda..

AIZMIR

  aizmir 500

Kalaulah ada Pelan Takaful untuk Kucing….

AIZMIR

Assalamualaikum… Apa khabar semua??? Semoga anda melalui bulan ramadhan penuh dengan keberkatan dan keinsafan..

Maaf kerana lama tidak mengupdate website. Semenjak website sifutakaful dilancarkan Alhamdullilah pertanyaan dan permohonan untuk mendapat pelan PruBSN Takaful amatlah menggalakkan.. Terima kasih kepada mereka yang telah mengambil pelan dengan kami…

Berbalik kepada tajuk saya pada kali ini, sebenarnya perkara ini berkait rapat dengan apa yang saya sedang lalui sekarang ini. Maha Kuasa Allah telah menunjukkan kepada saya betapa pentingnya kita mempunyai perlindungan takaful untuk diri sendiri.

Semoga cerita dibawah dijadikan pengajaran dan panduan kepada kita untuk membuat keputusan.

Pada hari Jumaat ( 2/8/13) yang lepas dengan kuasa Allah S.W.T saya telah dipertemukan dengan seekor kucing jalan yang berkudis dan hancur di bahagian bawah kaki di belah kiri akibat digigit anjing liar. Kucing tersebut berada di tengah-tengah jalan di kawasan perumahan saya. Sedihnya hati saya melihat kucing tersebut berjalan dalam keadaan yang lemah dan tempang akibat daripada kecederaan itu. Terdapat bau yang kurang menyenangkan, kesan darah, gigitan serta isi pada kaki kirinya. Terdetik hati untuk membawanya ke hospital haiwan kerana melihat keadaannya yang teruk itu. Tetapi entah bagaimana kucing tersebut telah mengilangkan diri sehinggalah pada hari ahad yang lepas.

Pada hari ahad tersebut, saya ternampak kucing itu berada di dalam rumah seorang jiran sedang berbaring dan menahan sakit sambil meminta makanan. Dengan penuh rasa sedih saya mengambil kucing tersebut dan membawa terus ke hospital haiwan. Apabila tiba di hospital haiwan, saya diberitahu oleh doktor yang merawat bahawa kaki kucing tersebut telah terkena jangkitan kuman atau gangrine akibat gigitan serta keadaan kakinya yang terdedah kepada semua benda. Terdapat maggot dan bau busuk pada kakinya. Doktor memberi saya 2 pilihan dimana

1.) membiarkan kucing itu seperti keadaan sekarang dan hanya merawat biasa.

2.) Membuat rawatan komprehensive beserta dengan pembedahan membuang sebelah kaki yang rosak.

Setelah bertanya mengenai pilihan ke 2, alangkah terkejutnya apabila doktor memberitahu anggaran kos rawatan untuk pembedahan dan ubat mencecah sehingga RM1000. Selepas itu saya perlu mengambil tanggungjawab membelanya kerana keadaannya nanti yang tidak normal.

Bayangkan betapa tingginya kos rawatan walaupun untuk haiwan seperti kucing…Tambah lagi pada masa kita hendak menyambut Hari Raya ini. Terus terdetik hati kecil ini berkata alangkah bagusnya jika kucing tersebut mempunyai takaful insurans yang bole menanggung segala rawatan perubatan. Dengan penuh rasa berserah kepada Allah S.W.T saya pun bersetuju untuk menampung kos rawatan tersebut.

kucing

 Semoga Cepat Sembuh

Cuba anda semua bayangkan bagaimana jika kucing tersebut ditukarkan kepada manusia.

Berapakah kos rawatan yang diperlukan dan adakah kita mampu untuk menampung segala perbelanjaan terutama sekali dalam keadaan kita hendak menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Adakah kita hendak memberikan yang terbaik kepada diri, anak-anak, keluarga sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka atau diingini seperti apa yang berlaku kepada kucing tersebut.

Adakah kita mampu untuk menampung rawatan selepas hospital atau follow up check.

Fikir – Fikirkanlah… Sayangilah diri kita.

AIZMIR

  aizmir 500

Selamat Datang Ke Sifu Takaful

AIZMIR

Assalamualaikum……….‚ÄčTerima kasih kerana sudi melawat serta melayari laman web SifuTakaful.com. SifuTakaful.com adalah satu laman web mengenai Prudential BSN Takaful Insurans. Laman web ini menyediakan segala informasi mengenai PruBSN Takaful Insurans. Laman web ini juga menyediakan pelan-pelan istimewa serta menarik untuk semua peringkat umur bermula dari awal kelahiran hingga dewasa.

Kami di SifuTakaful merupakan ejen bumiputra yang berdaftar di bawah Prudential BSN Takaful insurans. Pejabat kami terletak di tingkat 9, Bangunan Damansara Intan. ( berhadapan tropicana city mall ). Kami di SifuTakaful berjanji akan memberikan perkhidmatan yang jujur dan terbaik kepada anda semua. Kami amat mengutamakan keperluan dan kepentingan anda semua. Anda tidak perlu risau dan takut untuk mengambil pelan-pelan yang telah kami tawarkan kerana pelan kami adalah yang terbaik serta memberikan banyak manfaat kepada anda. 

Apa yang ditunggu lagi!! Mari bersama-sama kita mengubah cara hidup dan mengutamakan kepentingan diri serta orang yang tersayang. Marilah kita bersama mencari saham untuk dunia serta akhirat bersama. Disamping kita melindungi diri serta keluarga kita juga menyalurkan sumbangan secara tidak langsung kepada mereka yang memerlukan. Ayuh!! sebarkan berita gembira ini kepada ahli keluarga serta rakan-rakan anda. Berilah mereka kesedaran dan peluang untuk mengubah hidup mereka. 

AIZMIR

  aizmir 500