PLAN KAD PERUBATAN INDIVIDU vs PLAN KAD PERUBATAN FAMILY

PLAN KAD PERUBATAN INDIVIDU vs PLAN KAD PERUBATAN FAMILY

AIZMIR

plan individu vs plan familyASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA..Semoga semua pembaca sentiasa dalam keadaan sihat dan ceria.

Lama sungguh rasanya website ini tidak mengeluarkan sebarang article baru. Sebenarnya banyak perkara dan info yang sifu ingin kongsikan kepada pembaca semua tetapi tidak kesampaian atas faktor sibuk menguruskan client-client admitted dan faktor melancong ke luar negara. 

Berdasarkan pengalaman sifu pada awal tahun 2016 ini, Kebanyakan masyarakat kita sudah mula sedar akan perlunya mempunyai kad perubatan peribadi baik untuk diri sendiri ataupun untuk keluarga yang tersayang. Mereka sudah mula mencari plan-plan yang dirasakan sesuai untuk mereka dan membuat perbandingan sendiri.

Salah satu perbandingan yang sering dibandingkan adalah berkenaan dengan mengambil plan kad perubatan secara individu ataupun secara 1 plan 1 family. Ramai yang membandingkannya disebabkan oleh faktor harga kerana plan individu biasanya adalah lebih mahal daripada plan family.

Walaupun secara teorinya konsepnya sama iaitu menyediakan perlindungan untuk rawatan hospital tetapi realitinya ada banyak lagi perbezaan di antara kad perubatan individu dan kad perubatan 1 family selain daripada faktor harga. Dan disebabkan inilah ramai yang tersalah pilih kerana beranggapan semuanya adalah sama di antara kedua2 plan tersebut.

Pada perbincangan kali ini, sifu akan menerangkan dengan lebih terperinci mengenai PERBEZAAN KAD PERUBATAN INDIVIDU DENGAN KAD PERUBATAN FAMILY.Jom kita mulakan.

1.) PLAN KAD PERUBATAN INDIVIDU MEMPUNYAI PERLINDUNGAN YANG MENYELURUH TERMASUK PAMPASAN NYAWA DAN SAKIT KRITIKAL MANAKALA PLAN FAMILY HANYA MEMPUNYAI KAD PERUBATAN SAHAJA.

prudential bsn takaful full benefit

Tahukah anda bahawa sebenarnya selain daripada memberikan KAD PERUBATAN plan kad perubatan individu juga memberikan perlindungan yang menyeluruh dari segi pampasan nyawa, pampasan sakit kritikal kepada pemegang polisi.

Dalam mencari dan mengambil pelan takaful Ini sebenarnya amat penting untuk kita mempunyai pelan yang lengkap dan menyeluruh. Ini adalah kerana kita perlu memikirkan lebih daripada mencari perlindungan untuk kos rawatan hospital sahaja.

Dengan mengambil pelan individu selain daripada mempunyai manfaat KAD PERUBATAN di dalam plan,kita juga secara automatik akan mempunyai manfaat asas perlindungan nyawa. Ini sebenarnya sangat penting dan berbaloi untuk diambil kerana kita sebenarnya sudah menyediakan pampasan kepada keluarga sekiranya berlaku sesuatu yang lebih teruk daripada sakit kepada kita. Ajal dan maut tiada siapa tahu dan boleh berlaku pada bila-bila masa. 

Hanya pelan kad perubatan individu sahaja yang mampu memberikan kita perlindungan dengan menyeluruh terutama dari segi kewangan keluarga kita di kala musibah.

2.) PLAN INDIVIDU MENYEDIAKAN MANFAAT BAYARAN POLISI PERCUMA SEUMUR HIDUP SEKIRANYA PEMEGANG POLISI HILANG UPAYA KEKAL ATAUPUN SAKIT KRITIKAL

Ini merupakan di antara sebab mengapa plan KAD PERUBATAN INDIVIDU adalah lebih mahal berbanding KAD PERUBATAN FAMILY. Dengan KAD PERUBATAN INDIVIDU, manfaat di dalam pelan tersebut direka untuk melindungi segala bentuk risiko yang mungkin boleh berlaku di dalam kehidupan seharian kita. Salah satunya adalah manfaat polisi percuma sekiranya terkena sakit kritikal ataupun hilang upaya kekal.

Pernahkah kita terfikir sekiranya kita diberhentikan kerja atas sebab menghidap penyakit kritikal seperti sakit jantung, cancer etc ataupun mengalami hilang upaya kekal siapakah yang akan membayar caruman bulanan kita kepada pihak insurans/takaful.

Penyakit kritikal biasanya memerlukan rawatan susulan yang panjang dan kos rawatan yang tinggi. Sekiranya anda mengambil Kad Perubatan Keluarga, walaupun ia melindungi kos rawatan anda pada mula-mula terkena sakit kritikal itu tetapi besar kemungkinan ia tidak akan melindungi untuk kos rawatan susulan ataupun sakit itu tahun hadapan. Ini adalah kerana konsep Kad perubatan family yang berbentuk yearly renewal di mana syarikat akan mengkaji polisi client mereka setiap tahun sebelum membenarkan client menyambung kad perubatan tersebut.

Syarikat mempunyai hak untuk menutupkan polisi anda, mengecualikan sakit yang anda terkena itu atau menaikan caruman yang anda bayar kepada dua atau berkali ganda sesuai dengan nilai kos rawatan yang anda telah gunakan. Dan ini akan memberikan kesan kepada ahli keluarga anda yang berada di dalam plan Kad Perubatan Family itu. Kemungkinan mereka tidak akan dilindungi lagi hanya disebabkan salah seorang terkena sakit kritikal ataupun hilang upaya kekal.

Dengan Plan Kad Perubatan Individu, walaupun caruman agak mahal sedikit berbanding dengan Plan Kad Perubatan Keluarga namun ia dapat mengelakkan daripada berlakunya ahli keluarga lain tidak dilindungi sekiranya salah seorang terkena sakit kritikal ataupun hilang upaya kekal. Ini adalah kerana setiap orang mempunyai satu plan yang sendiri. Orang yang terkena itu pula akan mendapat manfaat polisi percuma seumur hidup dan tidak perlu risau dengan kos rawatan susulan walaupun mengambil masa yang panjang. Syaratnya syarikat akan membayar sehingga habisnya limit tahunan dan limit seumur hidup anda.

3.) PLAN INDIVIDU MENYEDIAKAN MANFAAT BAYARAN POLISI PERCUMA SEUMUR HIDUP KEPADA PLAN ISTERI DAN BAYARAN POLISI PERCUMA SEHINGGA UMUR 25 TAHUN UNTUK SETIAP ANAK YANG MENGAMBIL SEKIRANYA SUAMI MENINGGAL DUNIA,MENGALAMI HILANG UPAYA KEKAL ATAUPUN SAKIT KRITIKAL

free policyTahukah anda bahawa ini juga merupakan salah satu manfaat yang hanya boleh diambil oleh Pelan Kad Perubatan Individu. Walaupun plan individu tidak dapat melindungi semua ahli keluarga di dalam satu pelan untuk manfaat Perlindungan Rawatan Hospital (Kad Perubatan) tetapi ia dapat melindungi semua kos bayaran caruman bulanan untuk setiap ahli keluarga jika suami (ketua keluarga) meninggal dunia, terkena sakit kritikal ataupun hilang upaya kekal.

Ia sangat berbaloi dengan nilai caruman yang dibayar setiap bulan untuk semua ahli keluarga itu. 

4.) PLAN INDIVIDU AKAN MEMBERIKAN SEJUMLAH WANG PAMPASAN SELAIN DARIPADA MENYEDIAKAN PERLINDUNGAN KAD PERUBATAN UNTUK RAWATAN DI HOSPITAL

pampasan takaful

pernahkah anda mengalami pengalaman di mana salah seorang daripada ahli keluarga anda terkena sakit kritikal seperti SAKIT JANTUNG, CANCER DAN KEGAGALAN KEDUA-DUA BELAH BUAH PINGGANG. Berapa banyakkah wang yang telah dibelanjakan oleh mereka untuk membuat rawatan dan juga untuk follow up. Walaupun mempunyai kad perubatan tetapi ia hanya dapat digunakan sekiranya melakukan rawatan.

Bagaimana dengan kos sara hidup harian sekiranya mereka tidak dapat bekerja. Makan, minum, perbelanjaan dapur etc.

Tahukah anda bahawa pelan individu dapat membantu anda untuk mengurangkan beban yang mungkin timbul disebabkan masalah ini dengan menyediakan manfaat pampasan sakit kritikal.

Dengan manfaat pampasan sakit kritikal ini anda boleh mendapat pampasan dengan nilai minimum RM25 RIBU bila disahkan terkena salah satu daripada penyakit kritikal. Dengan nilai minimum RM25 RIBU itu sekurang-kurangnya kos sara hidup harian dapat diselesaikan untuk suatu jangka masa dan keluarga tidak terus terbeban dengan masalah kewangan.

Peluang untuk mengambil manfaat pampasan sakit kritikal ini hanya sekali iaitu sebelum anda disahkan mengalami sakit kritikal tersebut. Dengan mengambil pelan yang mempunyai manfaat pampasan sakit kritikal ini sekurang-kurangya kita dapat bersedia untuk sebarang kemungkinan dan menggunakan sebaik peluang bagi membantu kewangan dan masa depan kita.

5.) PLAN KAD PERUBATAN INDIVIDU  MEMPUNYAI KONSEP SIMPANAN UNTUK PERSEDIAAN MASA HADAPAN

Sifu telah membincangkan tentang pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku sekiranya meninggal dunia, sakit kritikal dan manfaat yang boleh diterima sekiranya berlaku perkara-perkara tersebut. Bagaimana pula sekiranya rezeki Allah S.W.T berikan kesihatan yang sangat baik sehingga tua.

Adakah semua bayaran caruman kita selama 10 – 20 tahun akan hangus seperti konsep mengambil pelan insurans kereta.

Tahukah anda bahawa jika anda mengambil pelan family konsepnya adalah sama dengan pelan insurans kereta iaitu bayaran anda berpuluh-puluh tahun itu akan hangus. Ini kerana faktor harga yang anda bayar dan konsep pelan tersebut.

Tetapi dengan mengambil plan kad perubatan individu terutama daripada Prudential BSN Takaful sekurang-kurangnya SETIAP AHLI KELUARGA anda yang mengambil plan tersebut akan mendapat nilai simpanan untuk jangka masa panjang.

Kenapa sifu menitikberatkan Prudential BSN Takaful. Ini adalah kerana plan Prudential BSN Takaful merupakan market leader dalam memperkenalkan product kad perubatan berbentuk pelaburan dan simpanan ini (investment link plan)

 Akan tetapi satu perkara penting yang perlu anda tahu mengenai konsep simpanan ini adalah ia merupakan bonus dan bukan semua caruman bulanan anda akan masuk sebagai simpanan. Ada pengiraan dan pecahan di sebalik bayaran caruman anda.

Nilai pulangan ataupun simpanan ini juga adalah subjektif dan bergantung kepada pasaran saham unit trust. Akan tetapi nilai pulangan ini tidak akan terjejas walaupun anda telah melakukan claim atau menggunakan kad perubatan untuk rawatan hospital.

Rajah di bawah menunjukkan nilai dividen tahunan pelaburan selama 5 tahun yang terdapat di dalam plan Prudential BSN Takaful

new equity

Kenapa simpanan ini penting?

Baiklah pernahkah anda terfikir dimana sekiranya sesuatu perkara berlaku kepada pekerjaan anda pada 5-10 tahun akan datang seperti diberhentikan kerja, VSS seperti yang berlaku di dalam sektor oil and gas sekarang ini, di manakah anda hendak mencari duit untuk membayar komitmen bulanan plan takaful anda itu.

Bukan sahaja anda akan kehilangan manfaat kad perubatan companyy (sekiranya ada) malah anda juga akan kehilangan manfaat perlindungan kad perubatan peribadi.

Akan tetapi dengan adanya simpanan di dalam plan individu ini sekurang-kurangnya manfaat perlindungan peribadi anda masih dijamin untuk suatu masa yang tertentu. Simpanan itu dapat digunakan untuk membayar caruman anda buat sementara sehingga anda mendapat pekerjaan baru.

Oleh yang demikian daripada penerangan sifu ini dapat dirumuskan bahawa plan Kad Perubatan Individu mempunyai lebih banyak kelebihan dan manfaat daripada plan Kad Perubatan Family. Dan ini juga dapat menjawab persoalan akan kenapa berlakunya perbezaan harga yang ketara untuk kedua – dua plan tersebut

Sifu juga merupakan client sama seperti anda semua. Sifu juga telah melakukan kajian sebelum mengambil plan yang sesuai untuk diri dan keluarga. 

Secara peribadi nasihat sifu adalah janganlah kita berkira sangat dari segi kewangan untuk menyediakan perlindungan yang terbaik untuk diri kita dan keluarga. Berikanlah yang terbaik kepada diri dan keluarga. Ia melambangkan betapa sayangnya kita kepada diri dan keluarga.Fikirkanlah jangka masa panjang dan segala kemungkinan yang boleh terjadi dengan keputusan kita tersebut. 

Duit walaupun sukar mana sekalipun masih boleh dicari terutama masa kita sihat.

Peluang mengambil plan kad perubatan dan takaful ini sebenarnya hanyalah sekali di dalam hidup iaitu semasa kita sihat. Gunakanlah sebaiknya peluang tersebut.

Diharap perbandingan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua membuat keputusan yang tepat dalam mengambil plan Kad Perubatan untuk diri dan Keluarga.

Semoga kita berjumpa lagi di dalam article yang baru di masa hadapan.

Sekirannya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut bolehlah hubungi saya dengan segera. Saya akan memberikan penerangan yang lengkap dan sejujurnya kepada anda. Yang penting bagi saya adalah anda sebagai bakal – bakal pencarum Plan Medical Card Prudential BSN Takaful memahami sepenuhnya akan manfaat dan segala information yang terdapat di dalam plan sebelum mengambilnya. Ia adalah untuk masa depan anda.  

Kepentingan anda adalah keutamaan kami.

AIZMIR‚Äč 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*