PRUDENTIAL BSN TAKAFUL – Kepentingan Mempunyai Pelan lengkap

PRUDENTIAL BSN TAKAFUL – Kepentingan Mempunyai Pelan Takaful yang lengkap

AIZMIR

prudential BSN Takaful

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA… Semoga pembaca – pembaca sekalian sentiasa dalam keadaan sihat dan ceria. Masyarakat kita di Malaysia baru dikejutkan dengan KES KEMALANGAN MAUT 1 KELUARGA yang berlaku di Highway DUKE baru-baru ini. Orang lain yang menyebabkan masalah orang lain yang menjadi mangsa.Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa..semoga roh mereka dicucuri rahmat.

innalillah

Bila difikir-fikirkan balik, Ajal dan Maut semua adalah ketentuan – NYA da ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Sekiranya ia berlaku KEPADA KITA SECARA TIBA-TIBA, APAKAH PERSEDIAAN DAN PENINGGALAN KITA KEPADA KELUARGA DAN ORANG YANG TERSAYANG.

Di sinilah pentingnya untuk kita menyediakan pelan takaful yang lengkap kepada diri dan keluarga kita. Ini adalah untuk memastikan sekiranya apa2 perkara yang tidak diingini berlaku kepada kita semua (semoga kita dilindungi) seperti kemalangan,sakit kritikal, kos serta rawatan perubatan dan juga kematian, pelan takaful yang kita ambil itu dapat membantu kita di dalam semua situasi tersebut.

Dan disinilah Prudential BSN Takaful dapat memainkan peranan penting. Ini adalah kerana dengan Pelan Prudential BSN Takaful, kami menyediakan pelan yang lengkap yang boleh melindungi pemegang polisi kami daripada semua perkara diatas. Selain itu kami juga menyediakan simpanan dan pelaburan untuk caruman anda dan ia juga sangat penting. Saya akan kupas dengan lebih lanjut di dalam artikel ini di bawah.

KEPENTINGAN MEMPUNYAI PELAN YANG LENGKAP

1.) MELINDUNGI KELUARGA DARIPADA BEBAN KEWANGAN YANG BESAR DAN DAPAT MENGGANTIKAN PENDAPATAN BULANAN PEMEGANG POLISI SEKIRANYA BERLAKU KEMATIAN

prudential BSN Takaful

- Kematian itu sememangnya sesuatu yang PASTI. Melalui penyakit, Kemalangan ataupun secara sakit tiba-tiba. Cuma kita sahaja tidak tahu bilakah ia akan berlaku. Inilah di antara kepentingan untuk menyediakan pelan takaful yang lengkap bersama manfaat pampasan kematian. 

- Dengan manfaat ini kita dapat melindungi keluarga kita daripada masalah bebanan kewangan disebabkan hutang-hutang kita sekiranya kita pergi secara tiba-tiba. Kita juga dapat meninggalkan sekurang-kurangnya 2-3 tahun pendapatan bulanan kita kepada keluarga kita. Ini dapat membantu keluarga kita dari segi kewangan terutama sekali untuk anak-anak kita. Mereka tidak tahu mencari sumber kewangan apatah lagi untuk bekerja.

2.) MELINDUNGI DIRI DAN KELUARGA DARIPADA BEBANAN KOS PERUBATAN DISEBABKAN SAKIT KRITIKAL

prudential BSN Takaful

- Ramai di antara kita sering terlepas pandang mengenai kepentingan mendapatkan perlindungan pampasan sakit kritikal. Tahukah anda bahawa kos rawatan bagi sakit kritikal adalah di antara yang tertinggi.

- Mempunyai medical card memang dapat membantu anda tetapi apakah yang akan berlaku sekiranya anda tidak dapat bekerja disebabkan sakit kritikal. Medical card dapat membantu anda dari segi perlindungan kos rawatan dan perubatan manakala manfaat pampasan sakit kritikal ini boleh memberikan anda pampasan kewangan

3.) MENDAPATKAN RAWATAN TERBAIK DAN MELINDUNGI DARIPADA BEBANAN KOS RAWATAN YANG TINGGI

prudential BSN Takaful- Tidak dinafikan kebanyakan kita sekarang ini sudah mempunyai perlindungan medical daripada syarikat kita bekerja. Ia merupakan suatu perkara yang sangat bagus.

- Tetapi adakah kita pernah bertanya berapa jumlah perlindungan kita, sampai bila perlindungan kita itu dll. Apakah yang berlaku sekiranya kita tiba-tiba terpaksa diberhentikan atas sebab masalah kewangan ataupun masalah kesihatan.

- Dengan mempunyai medical card yang sendiri, kita tidak perlu risau kerana kita sentiasa dilindungi dan tidak terikat kepada mana-mana syarikat tempat kita bekerja.Kita juga dapat menjimatkan limit tahunan dan seumur hidup kita yang bagi saya akan menjadi sangat penting dan berguna apabila tiba masa bersara nanti.

4.) SIMPANAN DAN PELABURAN

prudential BSN Takaful

- Seperti yang kita tahu, takaful merupakan konsep di mana kita berkongsi risiko dan menolong di antara setiap pemegang polisi melalui caruman kita setiap bulan itu. Dan tahukah anda dengan mengambil pelan yang beserta dengan simpanan dan pelaburan, kita bukan sahaja dapat menolong pemegang polisi malah dapat menolong diri kita juga.

- Tidak dinafikan bahawa takaful bukanlah untuk membuat keuntungan tetapi sekiranya ia berpeluang memberikan kita simpanan untuk masa hadapan bukankah itu lebih bagus dan membantu. 

- Mesti kebanyakan daripada kita tidak ingin sakit dan selalu dimasukkan ke dalam hospital untuk rawatan. Dan ada juga di antara kita yang jika dimurahkan rezeki akan diberikan kesihatan sehingga 5 – 10 tahun akan datang. Dengan mengambil pelan takaful beserta simpanan ini ia dapat membantu anda mendapatkan sebahagian wang yang anda laburkan untuk melindungi diri anda dalam bentuk simpanan.

- Ini penting sebab ada kalanya kita tidak akan sentiasa senang dengan kehidupan dan juga kewangan. Sekiranya berlaku masalah terutama kewangan di masa hadapan, Simpanan di dalam pelan takaful ini dapat membantu anda memberikan sedikit kelegaan kewangan dengan mengeluarkan simpanan di dalam pelan takaful itu.

- Selain itu, polisi anda tidak akan tamat dengan tiba-tiba sekiranya tahun-tahun akan datang anda mengalami masalah kewangan dengan tiba-tiba. Simpanan di dalam pelan takaful itu dapat membantu memastikan pelan takaful anda sentiasa aktif dan boleh digunakan. apakah perasaan anda sekiranya anda membayar dengan cantik selama 5 – 6 tahun dan disebabkan anda terlewat bayar sedikit pada tahun ke 7 polisi anda tiba-tiba tidak aktif dan tidak boleh digunakan. Ini selalu terjadi sekiranya mengambil takaful tanpa manfaat simpanan.

Diharap penerangan saya ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan lagi pemahaman pembaca-pembaca sekalian mengenai kepentingan mempunyai pelan takaful yang lengkap. Walaupun kemungkinan premiumnya agak berbeza tetapi dengan kelebihan mempunyai pelan yang lengkap rasanya ia amat berbaloi. Biarlah kita berbelanja lebih sedikit tetapi mendapat perlindungan dan manfaat yang menyeluruh. 

Prudential BSN TAKAFUL merupakan pengendali takaful yang menyediakan pelan yang lengkap dan komprehensive ini.

Sekirannya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut bolehlah hubungi kami dengan segera. InsyaAllah kami dapat membantu anda memberikan pelan yang lengkap dan terbaik beserta dengan budget yang berpatutan.

Kepentingan anda adalah keutamaan kami.

AIZMIR‚Äč 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*